Analisis hubungan Ran Mouri

Shinichi Kudo

Ran menikmati pemandangan luar bersama dengan Shinichi

Shinichi dan Ran berkawan sejak mereka kecil lagi. Mereka sering bertemu di tadika. Lagipun, ibu bapa mereka mempunyai hubungan yang baik dan sering menetapkan hari untuk Shinichi dan Ran bermain bersama. Rumah mereka berhampiran sehinggalah keluarga Kudo berpindah ke Amerika Syarikat. Daripada berkawan, perasaan cinta terhadap Shinichi mula berputik apabila mereka ke New York. Ketika itu, Ran dan Shinichi pergi ke New York bersama sama dengan Yukiko Kudo. Yukiko memandu kereta dengan hebat sekali. Shinichi pula mengeluarkan kepalanya dan Ran dari cermin kereta dan mereka berdua menikmati pemandangan kota New York dengan akrab sekali. Di New York juga terdapat pembunuh bersiri yang sedang merayau-rayau. Ran terserempak dengan pembunuh itu dan diancam akan dibunuh. Mujurlah Shinichi berada pada tepat masanya, lantas dia berjaya menyelamatkan Ran daripada bahaya.

Ran dipakaikan jaket setelah diselamatkan oleh Shinichi

Ran dan Shinichi telah berkongsi banyak saat-saat romantik yang berharga. Contohnya, apabila Shinichi membeli Ran sepasang sarung tangan merah untuk Hari Natal. Dan ketika Hari Valentine, Shinichi memakan coklat yang dihadiahkan oleh Ran, ketika Ran sedang tidur. Shinichi tahu Ran amat terseksa kerana terpaksa menunggunya. Shinichi memberitahu kepada Heiji Hattori yang merupakan sahabat karibnya, bahawa dia akan memberitahu Ran akan identitinya yang sebenar suatu hari nanti. Tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai kerana Organisasi Hitam sedang memburunya dan dia bimbang kalau Ran diapa-apakan. Di kota London, dalam bentuk Shinichi, Ran meluahkan segala yang ada di hatinya bahawa dia merasakan dirinya tidak dihargai dan dicintai oleh Shinichi. Ran menangis dan terus berlari. Namun, dengan pantas, Shinichi mengejarnya dan mengatakan dia memahami apa yang dirasakan oleh Ran. Dan begitulah jua apa yang dirasakan olehnya, iaitu perasaan cinta. Apabila pulang ke Jepun, Ran menceritakan peristiwa itu kepada Sonoko, dan Sonoko mengusiknya,"mengapa tidak membalas luahan Shinichi?" Pipi Conan menjadi merah menahan perasaan malu terhadap Ran dan Sonoko apabila secara tidak sengaja mendengar perbualan mereka mengenai dirinya.

Shinichi meluahkan perasaannya ketika di kota London

Kogoro Mouri dan Kisaki Eri

Kogoro Mouri dan Kisaki Eri ialah ibu bapa kepada Ran. Biapun mereka berdua telah berpisah selama sepuluh tahun, namun Ran amat berharap ibu bapanya dapat disatukan kembali. Bahkan kadangkala Ran membuat rancangan untuk menyatukan mereka, namun gagal kerana Mouri merupakan lelaki yang gemar berfoya-foya menyebabkan Eri terguris hati.

Ai Haibara

Haibara seorang kanak-kanak yang selamba dan memiliki pemikiran yang tenang. Hal ini kerana dia sebenarnya ialah Shiho Miyano iaitu seorang saintis bagi Organisasi Hitam. Jikalau diikutkan, umurnya lebih tua dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan APTX4869. Seluruh keluarganya diugut untuk memberikan kerjasama kepada Organisasi Hitam. Shiho menukarkan dirinya kepada Ai Haibara kerana bimbang dirinya dibunuh oleh Organisasi Hitam dengan menelan APTX4869. Haibara kelihatan cemburu akan Ran kerana Shinichi amat sayangkan Ran, sedangkan dirinya juga menyimpan perasaan terhadap Shinichi. Haibara kelihatan sangat dingin terhadap Ran, dan oleh sebab itu Ran beranggap bahawa dirinya dibenci oleh Haibara. Namun akhirnya, hubungan mereka menjadi baik apabila kedua-dua mereka mula menjalinkan persahabatan.

Ada ketikanya, Haibara menganggap Ran sebagai kakaknya yang telah meninggal dunia, iaitu Akemi Miyano. Perasaan itu bermula setelah Ran melindungi Haibara daripada Caldavos dan Vermouth daripada terkena tembakan. Pada saat itu, Haibara teringat akan kakaknya dan mula melayan Ran seperti kakak sendiri yang sentiasa melindunginya daripada bahaya. Ketika keadaan bahaya, apabila Korn, Chianti dan Organisasi Gelap mula mengintai Ran, Haibara inginkan Ran berada di rumah Profesor Agasa kerana Haibara tidak ingin Ran mati seperti kakaknya dan dia hanya ingin Ran selamat.

Eisuke Hondo

Eisuke ialah seorang lelaki yang mempunyai wajah yang comel. Dia jatuh cinta kepada Ran. Eisuke bercita-cita untuk menjadi pegawai polis di Amerika dan berhasrat untuk membawa Ran ke sana. Dia mengatakan dia ingin hidup bahagia bersama Ran di Amerika. Dia bertanya kepada Conan, adakah patut dia meminta kebenaran daripada Shinichi memandangkan Shinichi ialah orang yang Ran cintai. Namun begitu, Conan dengan selambanya, mendedahkan identitinya kepada Eisuke bahawa dia ialah Shinichi dan dia tidak membenarkan Eisuke membawa Ran ke Amerika.

Watak
Manga
Jilid 1-10 • 11-20 • 21-30 • 41-50 • 51-60 • 61-70 • 71-80 • 81-kini
Episod
Episod 1  • Musim (1 • 2 • 3 • 4 • 5 • 6 • 7 • 8 • 9 • 10 • 11 • 12 • 13 • 14 • 15 • 16 • 17 • 18 • 19 • 20 • 21 • 22 • 23 • 24 • 25 • Istimewa • Lupin III vs Detektif Conan
Filem

Berkaitan